Saturday, November 13, 2010

ALLAH lebih mengetahui...

“Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat.. Puas kita menangis, mencari di mana matahari! Rupanya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI..”

ble direnungkn kata2 ni...penuh dgn mksd yg tersirat...cm ap yg berlaku kt aku skg ni...hmmm.....
dan aku sdr yg ALLAH lebih mengetahui ap yg terbaik utk kami sebenarnye...

Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 216:

".......Dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu sedang ia lebih baik bagimu, Dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui tetapi kamu tidak mengetahui.........."

Setiap peristiwa dan kejadian yang berlaku dalam hidup kita adalah mengikut ketetapan2 dan qadak qadar Allah. Setiap ketetapan Allah ke atas kita adalah yang terbaik, tidak kira sama ada peristiwa dan kejadian itu adalah sepertimana yang kita harapkan atau sebaliknya.

 Allah Maha Penyayang dan Maha Mengasihani. Oleh kerana sifat penyayang dan belas kasihan inilah, Allah akan memastikan setiap peristiwa dan kejadian yang dilalui oleh kita itu akan membawa kebaikan dan rahmat.

 Allah mempunyai maksud dan perancanganNya sendiri untuk setiap hambaNya. Allah mungkin ingin menganugerahkan sesuatu yg lebih baik utk kita sbg ganti kepada sesuatu yg asalnya kita inginkn itu.

Allah juga mungkin ingin mengelakkan bala dan bencana yang lebih besar menimpa kita akibat daripada terlaksananya hajat asal kita. Allah lebih tahu dan kita tidak tahu apa yang sebenarnya paling sesuai dan t'baik utk kita dalam menentukan keputusan2 hidup ini. Jadi apabila kita telah sedar akan maksud perancangan dan ketetapan Allah ke atas kita... itu semuanya akan menbawa kesudahan yang baik. Maka jiwa kita tidak lagi akan bergolak. Kita tidak lagi perlu berasa kecewa, dukacita dan sedih dalam jiwa kita apabila sesuatu yang kita rasa baik untuk kita itu tidak kesampaian.

p/s:alhamdulillah...terima kasih ya ALLAH...aku bersyukur dgn ap yg tlh engkau berikan kpd ku kini...dan aku memohon utk terus mencintaiMu..mencintai sesiapa shj yg mencintaiMu..serta mencintai sgla perbuatan yg mengantarkan aku utk mencintaiMu..Engkaulah pelindungku didunia dn akhirat..Ya ALLAH..Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa ibubapaku dan kasihanilah mereka keduany sebagaimana mereka memelihara dn mendidikku di masa kecil..
Amin....Ya Rabbul Alamin...

>>sekian<<

1 comment:

  1. aspal tulisan dan warna background sme? tpksa aku highlit tulisan ko, bru dpt baca.

    -aku pon pernah tertnya2 apa hikmah disebalik kejadian yg aku alami

    ReplyDelete